Labels

Monday, 14 May 2012

unjuran axonometri


  •         unjuran axonometri merupakan sebahagian daripada unjuran ortografik:
      • ketiga-tiga arah pandangan diunjurkan secara bersudut tepat (perpendicular) bagi membentuk objek. 
    • Objek diputarkan pada sudut tertentu mengikut kumpulan berikut: 
      • Unjuran isometri ( semua sudut sama) 


      •  Unjuran dimetri ( hanya dua sudut sama)



      •  Unjuran trimetri ( sudut-sudut tidak sama)

Paksi Isometrik

  • Paksi isometri ialah kedudukan yang boleh diputar pada sebarang keadaan tetapi mesti berkedudukan 120 darjah antara satu sama lain.
    • Paksi biasa
    • Paksi panjang
    • Paksi terbalik
Dibawah merupakan contoh paksi isometrik

Paksi biasa
  • Butiran isometrik di sebelah atas objek dilukis dengan lebih jelas.





Paksi terbalik
  • Butiran isometrik di sebelah bawah objek dilukis dengan lebih jelas.

fungsinya yang membolehkan objek di lihat dalam 3 dimensi adalah kerana  paksi isometri juga boleh  dilukis menghala ke bawah dari paksi mendatar untuk menunjukkan bahagian bawah dengan jelas.
 


Jawapan Bagi Soalan Tadi






kaedah melukisnya adalah dengan menggunakan sesiku 30'/60' dan sesiku T , bina paksi isometrik.




lukis sebuah kotak isometrik mengikut panjang, lebar, dan tinggi keseluruhan objek  di atas garisan paksi utama. 



tandakan ukuran bentuk sebenar objek itu pada kotak isometrik yang dibina.

 


  padamkan garisan bukan objek dan dapatlah hasilnya.

 sila klik untuk menjawab soalan amali