PENGENALAN
Unjuran Ortografik merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk bidang kejuruteraan bagi menerangkan di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa hasil dari bidang kejuruteraan ini. Kaedah ini merupakan sistem banyak pandangan iaitu seluruh bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.
Definisi
unjuran ortografik satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah - satah yang bersudut tepat antara satu sama lain
KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK
mengenal satah dalam unjuran ortografik'
lukisan ini menggunakan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk (mendatar) dan satah menegak tambahan (susuk). Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah .
kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari sati arah pandangan.
kedudukan kedua - dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu sama lain dalam sudut 90 darjah. Ini akan menghasilkan empat bahagian yang dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat. Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat. seperti dalam rajah terdapat nama bahagian sudut - sudut tersebut
RAJAH 2 |
dari empat sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga. Keadaan ini berlaku kerana satah - satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan (pandangan) yang terhasil pada satah - satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih di antara satu sama lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan. Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas.
Pandangan - Pandangan Dalam Unjuran Ortografik .
pandangan pada satah berlainan kedudukannya.
untuk menentukan pandagan - pandangan bagi sesuatu objek dalam unjuran ortografik, boleh ditempatkan satah - satah unjuran seperti dalam rajah 3. Tiga satah utama yang digunakan ialah satah menegak dari arah A dan Bdan satah melintang dari arah C. Semua bentuk yang terhasil akan dirakamkan pada satah -satah berkenaan yang menghasilkan pandangan - pandangan yang diperlukan.
Satu Bongkah Dalam Pandangan Bergambar
Dalam rajah 4 menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan. Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan denagn lengkap,saiz , rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan . Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan bukaan sudut yang betul dan bentuk bulatan dilihat berbentuk elip dan bentuk yang sepatutnya berbentuk bulat. Ini bermakna bentuk yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.
objek dilukis dalam pandangan ortografik
RAJAH 6 |
Rajah 7 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar. Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran
Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 8 . Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.
Contoh pada Rajah 9 menunjukkan unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan. Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan , pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan.
Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar. Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek. Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.
Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 11. Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek. Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.
Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah. Walau bagaimanapun hanya tia pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja.
Simbol lukisan unjuran
Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.
UNJURAN SUDUT KE TIGA
Sila lihat contoh mudah bagi objek "dadu" di bawah;- cuba fahamkan sudut- sudut pandangan yang telah dilukis.
arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaanya telah meluas di serata dunia. lukisan unjuran ini objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah - satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah -olah diperbuat daripada bahan lutsinar bagi membolehkan objek itu dilihat menembusi satah - satah utamanya dari arah anak panah A,B dan C. Ketiga - tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 14
arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.
Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaanya telah meluas di serata dunia. lukisan unjuran ini objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga. Satah - satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah -olah diperbuat daripada bahan lutsinar bagi membolehkan objek itu dilihat menembusi satah - satah utamanya dari arah anak panah A,B dan C. Ketiga - tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 14
rajah 14
Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut
ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 15
rajah 15: Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan
Kaedah Unjuran Ketiga
Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pandangan sisi. Biasanya pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannya boleh diperolehi daripada unjuran pandangan hadapan dan pandangan pelan. Terdapat berbagai – bagai kaedah bagaimana ukuran untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya:
i. Menggunakan garisan bersudut 450, seperti rajah 4.30.
Rajah 16 Garisan bersudut 450
ii. Menggunakan sesiku sudut 450, seperti rajah 17.
Rajah 17 Menggunakan sesiku sudut 450
iii. Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti rajah 18.
rajah 18 Menggunakan pembahagi atau jangka lukis
iv. Menggunakan kayu ukur, seperti rajah 19.
Rajah 19 Menggunakan kayu ukur
Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukur merupakan cara yang paling tepat tetapi memakan masa yang lama. Kaedah – kaedah lain memerlukan kemahiran menggunakan alat lukisan sebelum hasil yang baik diperolehi.Ini disebabkan cara pemindahan ukuran ini dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran terus.
Bagaimana memulakan lukisan.
Memang tidak ada satu ketetapan peraturan yang khusus bagaimana memulakan sesuatu lukisan. Yang pasti lukisan yang dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Berikut merupakan kaedah melukis unjuran ortografik secara bersistem.
Langkah 1
Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan terlebih dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan tersebut mestilah dipatuhi. Jika tidak ada arahan yang diberi, arah pandangan hadapan perlulah diambil dari arah yang mempunyai ukuran yang
paling panjang, berada dalam kedudukan mendatar dan dapat menunjukkan bahagian – bahagian hadapan objek dengan garisan nyata yang banyak. Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan menggunakan garisan – garisan tersembunyi yang paling sedikit. Pandangan
atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana telah jelas berada pada arah atas objek itu. Ini dapat diperhatikan dalam rajah 20.
Rajah 20. Menentukan arah-arah pandangan
Langkah 2
Tentukan unjuran sudut pandangan yang hendak dilukis dan kemudian tentukan bilangan pandangan yang hendak dilukis , biasanya tiga arah pandangan sahaja seperti dalam rajah 21.
Rajah 21 Menentukan bilangan pandangan
Langkah 3
Tentukan kedudukan yang hendak dilukis, jika memerlukan jarak yang sama seperti unjuran ortografik sudut pertama, perkiraan perlulah dilakukan seperti rajah 4.36 dan rajah 4.37 untuk sudut ketiga. Setelah itu kotak – kotak disediakan untuk setiap
pandangan dengan menggunakan pensil yang keras tetapi kabur seperti 4H, 2H atau 6H. Kotak – kotak yang dibina itu mestilah berdasarkan kepada ukuran yang terbesar dalam suatu pandangan.
Rajah 22 Unjuran ortografik sudut ketiga
Langkah 4
Selepas itu, ukuran – ukuran asas setiap arah pandangan pada kotak – kotak pandangan ditandakan, seperti rajah 23. Jika boleh kaedah pemindahan ukuran dengan menggunakan jangka lukis, sesiku sudut dan sesiku T digunakan. Dengan cara ini masa dapat dijimatkan.
Rajah 23 pemindahan ukuran
Langkah 5
Seterusnya, bahagian – bahagian asas pandangan setiap kotak pandangan itu dilukiskan dengan menggunakan garisan yang halus, seperti rajah 24.
rajah 24 Menggunakan garisan yang halus
Langkah 6
Seterusnya semua ukuran ditanda pada setiap gambarajah pandangan termasuklah pusat bulatan , lengkok dan bahagian – bahagian yang bersudut, seperti rajah 25.
Rajah 25 Penandaan ukuran
Langkah 7
Seterusnya bahagian – bahagian yang terdapat bulatan dan lengkok dilukis terlebih dahulu. Jika terdapat bulatan – bulatan yang sama garis pusatnya, bulatan tersebut dilukis terlebih dahulu supaya mengukur jejari setiap bulatan itu dapat dijimatkan, seperti rajah 26.
Rajah 26 Melukis bulatan
Langkah 8
Seterusnya setiap garisan yang perlu dihitamkan misalnya garisan objek dengan memastikan ketebalan dan kehitamannya mengikut tugas garisan itu. Kemudian garisan – garisan tambahan yang perlu bagi rajah pandangan itu dilukis seperti garisan tersembunyi, garisan pemotongan, garisan keratan dan sebagainya, seperti rajah 27.
Rajah 27 Menetapkan jenis-jenis garisan
Langkah 9
Akhirnya dimensi diberikan kepada gambarajah. Seberapa yang boleh dimensi jangan ditukar dengan ukuran – ukuran yang diberi tadi, seperti rajah 28
Rajah 28 Pendimensian
0 comments:
Post a Comment