Labels

Unjuran Sudut Ketiga



Kedudukan pandangan sudut ketiga pula dijelaskan bahawa arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan. Pandangan sudut ketiga ini dapat diterangkan melalui illustrasikan objek lukisan yang kompleks dan jelas yang digambarkan. Unjuran sudut ketiga juga dikenali sebagai unjuran Amerika. Kini penggunaanya telah meluas di serata dunia. lukisan unjuran ini objek yang hendak dilukis berada dalam satah sudut ketiga.Satah - satah yang berada dalam sudut ini dibayangkan seolah -olah diperbuat daripada bahan lutsinar bagi membolehkan objek itu dilihat menembusi satah - satah utamanya dari arah anak panah A,B dan C. Ketiga - tiga arah pandangan bagi objek ini akan diunjurkan ke hadapan objek  sehingga mengenai dinding satahnya seperti yang ditunjukkan oleh anak panah kecil, seperti dalam rajah 14
rajah 14
Apabila lipatan pada satah setiap pandangan itu dibuka dan
dibentangkan menjadi satu rataan sahaja, lukisan ortografik sudut
ketiga akan terhasil,seperti dalam rajah 15

rajah 15: Unjuran sudut ketiga yang dibentangkan
Kaedah Unjuran Ketiga

Pandangan ketiga yang dimaksudkan di sini ialah pandangan sisi. Biasanya pandangan ini dilukis paling akhir kerana ukurannya boleh diperolehi daripada unjuran pandangan hadapan dan pandangan pelan. Terdapat berbagai – bagai kaedah bagaimana ukuran untuk pandangan sisi ini diperolehi, antaranya:
i. Menggunakan garisan bersudut 450, seperti rajah 4.30.

Rajah 16 Garisan bersudut 450
ii. Menggunakan sesiku sudut 450, seperti rajah 17.
Rajah 17 Menggunakan sesiku sudut 450
iii. Menggunakan pembahagi atau jangka lukis, seperti rajah 18.

rajah 18 Menggunakan pembahagi atau jangka lukis
iv. Menggunakan kayu ukur, seperti rajah 19.

Rajah 19 Menggunakan kayu ukur
Antara kaedah yang dinyatakan diatas, kaedah kayu ukur merupakan cara yang paling tepat tetapi memakan masa yang lama. Kaedah – kaedah lain memerlukan kemahiran menggunakan alat lukisan sebelum hasil yang baik diperolehi.Ini disebabkan cara pemindahan ukuran ini dilakukan dengan bantuan alat lukisan bukan cara pengukuran terus.
Bagaimana memulakan lukisan.
Memang tidak ada satu ketetapan peraturan yang khusus bagaimana memulakan sesuatu lukisan. Yang pasti lukisan yang dilukis hendaklah bersih, tepat dan cepat. Berikut merupakan kaedah melukis unjuran ortografik secara bersistem.
Langkah 1
Arah pandangan hadapan, sisi dan pelan ditentukan terlebih dahulu. Jika ada arahan yang diberikan, arahan tersebut mestilah dipatuhi. Jika tidak ada arahan yang diberi, arah pandangan hadapan perlulah diambil dari arah yang mempunyai ukuran yang
paling panjang, berada dalam kedudukan mendatar dan dapat menunjukkan bahagian – bahagian hadapan objek dengan garisan nyata yang banyak. Pandangan sisi pula diambil dari arah pandangan yang dapat menunjukkan bahagian – bahagian sisi dengan menggunakan garisan – garisan tersembunyi yang paling sedikit. Pandangan
atas tidak perlu ditetapkan lagi kerana telah jelas berada pada arah atas objek itu. Ini dapat diperhatikan dalam rajah 20.

Rajah 20. Menentukan arah-arah pandangan
  
Langkah 2
Tentukan unjuran sudut pandangan yang hendak dilukis dan kemudian tentukan bilangan pandangan yang hendak dilukis , biasanya tiga arah pandangan sahaja seperti dalam rajah 21.

Rajah 21  Menentukan bilangan pandangan

Langkah 3
Tentukan kedudukan yang hendak dilukis, jika memerlukan jarak yang sama seperti unjuran ortografik sudut pertama, perkiraan perlulah dilakukan seperti rajah 4.36 dan rajah 4.37 untuk sudut ketiga. Setelah itu kotak – kotak disediakan untuk setiap
pandangan dengan menggunakan pensil yang keras tetapi kabur seperti 4H, 2H atau 6H. Kotak – kotak yang dibina itu mestilah berdasarkan kepada ukuran yang terbesar dalam suatu pandangan.
Rajah 22 Unjuran ortografik sudut ketiga
Langkah 4
Selepas itu, ukuran – ukuran asas setiap arah pandangan pada kotak – kotak pandangan ditandakan, seperti rajah 23. Jika boleh kaedah pemindahan ukuran dengan menggunakan jangka lukis, sesiku sudut dan sesiku T digunakan. Dengan cara ini masa dapat dijimatkan.
Rajah 23 pemindahan ukuran
Langkah 5
Seterusnya, bahagian – bahagian asas pandangan setiap kotak pandangan itu dilukiskan dengan menggunakan garisan yang halus, seperti rajah 24.
rajah 24 Menggunakan garisan yang halus
Langkah 6
Seterusnya semua ukuran ditanda pada setiap gambarajah pandangan termasuklah pusat bulatan , lengkok dan bahagian – bahagian yang bersudut, seperti rajah 25.

Rajah 25 Penandaan ukuran
 Langkah 7
Seterusnya bahagian – bahagian yang terdapat bulatan dan lengkok dilukis terlebih dahulu. Jika terdapat bulatan – bulatan yang sama garis pusatnya, bulatan tersebut dilukis terlebih dahulu supaya mengukur jejari setiap bulatan itu dapat dijimatkan, seperti rajah 26.

Rajah 26 Melukis bulatan
 Langkah 8
Seterusnya setiap garisan yang perlu dihitamkan misalnya garisan objek dengan memastikan ketebalan dan kehitamannya mengikut tugas garisan itu. Kemudian garisan – garisan tambahan yang perlu bagi rajah pandangan itu dilukis seperti garisan tersembunyi, garisan pemotongan, garisan keratan dan sebagainya, seperti rajah 27.
Rajah 27 Menetapkan jenis-jenis garisan
Langkah 9
Akhirnya dimensi diberikan kepada gambarajah. Seberapa yang boleh dimensi jangan ditukar dengan ukuran – ukuran yang diberi tadi, seperti rajah 28
Rajah 28 Pendimensian

0 comments:

Post a Comment