Labels

Showing posts with label ortografik. Show all posts
Showing posts with label ortografik. Show all posts

Saturday, 7 April 2012

Unjuran Sudut Ketiga

Contoh Pemahaman mudah Unjuran Sudut Ketiga Sila lihat contoh mudah di bawah; Objek yang digambarkan ialah sebuah dadu. Arahan bahawa lukis pandangan dadu pada unjuran sudut ketiga. Pandangan hadapan bagi objek dadu tersebut ialah mengikut anak panah yang menunjuk bahagian dadu yang mempunyai angka 2. Sekiranya tidak ada sebarang anak panah, kita boleh menentukan sendiri bahagian hadapan objek yang hendak kita lukis. Tips Penting = Lihat simbul anak panah untuk menentukan bahagian hadapan objek yang hendak kita lukis terlebih dahulu. Objek Dadu
Arah pandangan pelan (atas) berada di atas dan selari dengan pandangan hadapan dibawah, manakala kedudukan pandangan sisi (samping) pula berada sebaris mengufuk dengan pandangan hadapan.

soalan-soalan uji minda

soalansemua .


1. Sebutkan satah-satah yang terdapat pada unjuran  Ortograpik`Orthographic'. 
a. Menegak, melintang, mendatar. 
b. Mendatar, menyerong, menegak 
c. Menegak, mendatar, mendatar tambahan. 
d. Mendatar, menegak, menegak tambahan. 
2. Konsep pandangan `view' pada satah orthographik , Satah mendatar mestilah dipusingkan untuk        menentukan kedudukan pandangan atas, Kearah manakah satah itu dipusingkan? 
a. Arah pusingan jam. 
b. Arah lawan pusingan jam. 
c. Arah yang berlawanan dengan satah menegak. 
d. Mengikut arah satah menegak 
3. Dalam prinsip unjuran orthograpik , Satu objek boleh menghasilkan ________ pandangan. 
a. Tujuh 
b. Enam 
c. Lima 
d. Empat 
4. Peraturan dalam unjuran sudut pertama ialah_________ 
a. Pandangan hadapan hendaklah berada di bawah pelan. 
b. Pelan hendaklah berada di atas pandangan hadapan 
c. Pandangan sisi kiri hendaklah dilukis pada sebelah kanan pandangan hadapan 
d. Pandangan sisi kanan hendaklah dilukis disebelah kanan pandangan hadapan. 
5. Peraturan dalam unjuran, pandangan yang menunjukan bahagian tinggi objek ialah _____ 
a. Pelan 
b. Pandangan hadapan 
c. Pandangan sisi 
d. Pandangan hadapan dan sisi. 
6. Peraturan dalam unjuran, kedudukan pandangan hadapan pada unjuran sudut ketiga. 
a. Di bawah pelan. 
b. Di bawah pandangan hadapan 
c. Di atas pelan. 
d. di atas pandangan hadapan. 
7.  Sudut yang dihasilkan oleh satah orthograpik  bagi sudut pertama ialah 0 - 90 darjah, Sudut yang dihasilkan bagi sudut ketiga ialah 
a. 0 darjah -  90 darjah
b. 90 darjah - 180 darjah
c. 180 darjah - 270 darjah
d. 270 darjah - 360 darjah 
8. Dalam prinsip unjuran isometrik , Satu objek boleh dilihat dalam ________ pandangan. 
A. Dua 
B. Tiga 
C. Lima
D. Empat 
9. Peraturan dalam unjuran sudut ketiga ialah_________ 
A. Pandangan hadapan hendaklah berada di bawah pelan. 
B. Pelan hendaklah berada di bawah pandangan hadapan 
C. Pandangan sisi kiri hendaklah dilukis pada sebelah kanan pandangan hadapan 
D. Pandangan sisi kanan hendaklah dilukis disebelah kiri pandangan hadapan. 
10. Peraturan dalam unjuran, pandangan yang menunjukan bahagian lebar objek ialah _____ 
A. Pelan 
B. Pandangan hadapan 
C. Pandangan sisi 
D. Pandangan Pelan dan sisi. 
11. Peraturan dalam unjuran, kedudukan pandangan atas pada unjuran sudut pertama. 
A. Di bawah pelan. 
B. Di bawah pandangan hadapan 
C. Di atas pelan. 
D. di atas pandangan hadapan. 
12. Berapakah pandangan asas dalam lukisan unjuran ortografik? 
A. 3 pandangan 
B. 4 pandangan 
C. 5 pandangan 
D. 6 pandangan 
13. Dalam unjuran ortografik apakah ukuran asas yang perlu diketahui? 
A. Panjang dan lebar 
B. Panjang dan tinggi 
C. Tinggi, lebar dan panjang 
D. Lebar dan tinggi. 
 

Tuesday, 3 April 2012

PENGENALAN
Unjuran Ortografik merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk bidang kejuruteraan bagi menerangkan  di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa hasil dari bidang kejuruteraan ini. Kaedah ini merupakan sistem banyak pandangan iaitu seluruh bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa  mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.

Definisi
unjuran ortografik satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah - satah yang bersudut tepat antara satu sama lain

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK
mengenal satah dalam unjuran ortografik'
lukisan ini menggunakan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk (mendatar) dan satah menegak tambahan (susuk).  Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah .

RAJAH 1



kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari sati arah pandangan.
kedudukan kedua - dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu sama lain dalam sudut 90 darjah. Ini akan menghasilkan empat bahagian yang dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat. Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat. seperti dalam rajah terdapat nama bahagian sudut - sudut tersebut