Labels

Pengenalan Ortografik

PENGENALAN
Unjuran Ortografik merupakan satu kaedah yang digunakan dalam penghasilan produk bidang kejuruteraan bagi menerangkan  di mana bentuk dan dimensi bagi pelbagai rupa hasil dari bidang kejuruteraan ini. Kaedah ini merupakan sistem banyak pandangan iaitu seluruh bentuk objek dapat ditunjukkan dengan jelas tanpa  mempengaruhi dimensi objek yang sebenar.
Definisi
unjuran ortografik satu kaedah yang menghasilkan bentuk objek dengan tepat dalam dua atau lebih pandangan di atas satah - satah yang bersudut tepat antara satu sama lain

KEGUNAAN DAN KEPENTINGAN LUKISAN ORTOGRAFIK
mengenal satah dalam unjuran ortografik'
lukisan ini menggunakan tiga satah utama iaitu satah tegak, satah ufuk (mendatar) dan satah menegak tambahan (susuk).  Satah dalam lukisan teknikal merupakan gambaran satu rataan atau satu permukaan yang tidak mempunyai ukuran tebal atau kedudukan tertentu. Pandangan suatu permukaan objek yang hendak dilukis mestilah berkedudukan tepat 90 darjah dengan satah dan mata pelihat seperti dalam rajah .

RAJAH 1

kedudukan satah tegak menyilang pada satah mendatar dari sati arah pandangan.
kedudukan kedua - dua satah menegak dan satah mendatar adalah bersilang di antara satu sama lain dalam sudut 90 darjah. Ini akan menghasilkan empat bahagian yang dikenal sebagai sukuan pertama, sukuan kedua dan sukuan ketiga dan seterusnya sukuan keempat. Dalam lukisan ortografik keempat sukuan ini disebut sebagai sudut. Dengan itu ia dinamakan sudut pertama, sudut kedua, sudut ketiga atau sudut keempat. seperti dalam rajah terdapat nama bahagian sudut - sudut tersebut






RAJAH 2


                                                                                            
dari empat sudut itu hanya dua bahagian sahaja yang boleh digunakan iaitu sudut pertama dan sudut ketiga. Keadaan ini berlaku kerana satah - satah mendatar dikisarkan mengikut pusingan jam, lukisan (pandangan) yang terhasil pada satah - satah pada unjuran sudut kedua dan keempat akan bertindih di antara satu sama lain. Lukisan tersebut tidak boleh digunakan kerana mengelirukan. Manakala pada sudut pertama dan ketiga pula satah akan terbentang yang akan menghasilkan lukisan terang dan jelas.
Pandangan - Pandangan Dalam Unjuran Ortografik .
RAJAH 3
                                                                 
pandangan pada satah berlainan kedudukannya.
untuk menentukan pandagan - pandangan bagi sesuatu objek dalam unjuran ortografik, boleh ditempatkan satah - satah unjuran seperti dalam rajah 3. Tiga satah utama yang digunakan ialah satah menegak dari arah A dan Bdan satah melintang dari arah C. Semua bentuk yang terhasil akan dirakamkan pada satah -satah berkenaan yang menghasilkan pandangan - pandangan yang diperlukan.
RAJAH 4
Satu Bongkah Dalam Pandangan Bergambar

Dalam rajah 4 menunjukkan bongkah yang dilihat dari tiga arah pandangan. Pandangan ini masih tidak sempurna kerana tidak dapat menunjukkan denagn lengkap,saiz , rupa dan bentuk sebenar objek berkenaan . Sebagai contoh lurah V tidak dapat menunjukkan bukaan sudut yang betul dan bentuk bulatan dilihat berbentuk elip  dan bentuk yang sepatutnya berbentuk bulat. Ini bermakna bentuk yang dilihat itu tidak dapat menunjukkan gambaran tepat objek yang sebenar.
RAJAH 5
objek dilukis dalam pandangan ortografik
RAJAH 6
pandangan yang mengelirukan dalam lukisan bergambar dapat ditunjukkan dengan terang dan jelas dalam lukisan ortografik. Sebagai contoh bentuk v pada rajah 5 dapat ditunjukkan ukuran dan bentuk pada pandangan hadapan dengan jelas dan terang. Begitu juga ukuran dan bentuk bulatan dapat dilihat pada pandagan atas. Ini menunjukkan pandangan ortografik adalah satu yang terang, jelas dan lengkap.Unjuran sudut pertama : 
Rajah 7 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut pertama dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat dibelakang objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – OBJEK – SATAH untuk unjuran
RAJAH 7
sudut pertama.  
 Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut pertama adalah seperti contoh dalam Rajah 8 .  Pandangan atas adalah selari di bawah pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.
RAJAH 8
 
Contoh pada Rajah 9 menunjukkan unjuran pertama dalam dua pandangan sisi kiri dan sisi kanan.  Dalam unjuran pertama tiga pandangan yang boleh dilukis adalah pandangan hadapan , pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan.
RAJAH 9
 
Rajah 10 menunjukkan satu bongkah yang diletakkan dalam ruang sudut ketiga dan dikelilingi oleh satah – satah menegak dan satah mendatar.  Dari arah pandangan A,B dan juga C lukisan permukaan objek yang terhasil dirakamkan pada setiap satah yang terdapat di hadapan objek.  Kaedah ini menghasilkan konsep MATA – SATAH – OBJEK untuk unjuran sudut ketiga.
RAJAH 10
 
 Susunan pandangan – pandangan dalam unjuran sudut ketiga adalah seperti contoh dalam Rajah 11.  Pandangan atas adalah selari di atas pandangan hadapan dan mempunyai ukuran panjang , lebar dan tinggi objek.  Manakala pandangan sisi pula kedudukannya selari dalam kedudukan mendatar dengan pandangan hadapan yang juga mempunyai ukuran panjang, lebar dan tinggi objek.
RAJAH 11
 

Contoh pada Rajah 12 menunjukkan enam pandangan yang boleh dilukis dalam lukisan unjuran iaitu pandangan sisi kiri, sisi kanan, pandangan belakang, pelan dan juga pandangan bawah.  Walau bagaimanapun hanya tia pandangan sahaja yang diperlukan untuk tujuan lukisan unjuran yang sebenarnya. Untuk unjuran sudut ketiga, tiga pandangan utama adalah pandangan hadapan, pandangan atas dan juga sisi kiri atau sisi kanan sahaja.
Simbol lukisan unjuran
Perbezaan diantara unjuran sudut pertama dengan sudut ketiga adalah pada susun atur kedudukan pandangan – pandangan pelan , hadapan dan sisi yang berlainan. Untuk mengelakkan kekeliruan kepada pembaca lukisan , satu simbol lukisan unjuran diperkenalkan seperti Rajah 13. Simbol ini lazimnya ditempatkan pada bahagian penjuru sebelah kanan ( title block ) kertas lukisan.

 simbol unjuran sudut pertama 

simbol unjuran sudut ketiga 
Rajah 12

3 comments: